Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi

6 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan penggunaan Microsoft Powerpoint melalui peperiksaan (test). Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta menjalani peperiksaan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penggunaan Microsoft Excel sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran penggunaan Microsoft Excel.

Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan risiko dalam talian yang merangkumi terlebih kongsi (oversharing), buli siber, maklumat palsu, love scam, kecurian identiti dan lain-lain lagi. Peserta yang kerap mengakses laman sosial atau laman web diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali